Friday, 20 May 2011

9 Surah Yang Mujarab Amalan Nabi Muhammad (S.A.W)
 Al-quran umpama jantung kepada kitab suci ini. Oleh itu, tidak hairanlah ia menjadi ubat mujarab untuk dijadikan panduan hidup dan dijauhkan godaan syaitan. Berikut 9 surah yang menjadi ikutan Nabi Muhammad buat pedoman umat-Nya.



1) Surah Al-fatihah - Amalkan menbaca Surah Al-fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-ikhlas sebanyak tiga kali, Surah Al-falaq dan Surah An-nas. Insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat lima waktu.



2) Surah Al-khauthar – Sesiapa yang menamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah akan memakbulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat isyak hingga dia tertidur, insya-Allah dia dapat melihat Rasulullah dalam tidurnya.

3) Surah Al-falaq – Siti Aisyah menerangkan: Bahawa Rasulullah SWA pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca surah Al-ikhlas, surah Al-falaq dan surah An-nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan ke seluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah Al-falaq dan surah An-Nas sebanyak 41 kali selama tiga hari, lima hari atau tujuh hari berturut2.



4) Surah Yasin – Telah bersabda Rasulullah, “Sesungguhnya bagi setiap itu ada hati, dan hati al-quran ialah surah yasin iaitu jantung al-quran. Sesiapa yang membaca surah yasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca al-quran seluruhnya. ( Hadis riwayat Al-Tarmizi dari Anas r.a.)

5) Surah Al-Waqiah – Menurut beberapa hadis Rasulullah, mereka yang mengamalkan membaca surah Al-waqiah pada tiap2 malam, insya-Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya-Allah akan beroleh kesenangan selama2nya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya-Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.



6) Surah Al-Ikhlas – Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan: “Surah ini dinamakan surah al-ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat”

7) Surah Al-Khaafirun- Sesiapa yang membaca surah al-khaafirun, maka bandingannya seperti membaca satu perempat al-quran di samping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan ( Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

8) Surah Ad-Dhuha- Dibaca sekali pada malam jumaat agar kita terselamat dari huru-hara di Padang Mahsyar.



9) Surah Al-Mulk- Menurut beberapa hadis Rasulullah, mereka yang mengamalkan membaca surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa2nya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya-Allah, akan terselamat dari azab kubur..

No comments:

Post a Comment