Saturday, 18 June 2011

MOHON KEMAFKAN...KERNA DIRI INI SENTIASA KHILAF

salam 2 my shbat...mafkan aku ats sgla khilaf n keslahanku...aku sorg hamba ALLAH yg sentiasa lemah,lupa khilaf,lalai...to all my belove friends hani,nadia azwa,n nadiaah..mafkan sy...........nad maf andai nad K maf andai sy telah mrampas kebahagian kamu...sy datang lam hidup wawa bukan untuk merancui fikirannya........mafkan sy...sy rapat gn wawa telah membuatkan kamu semua xsenang hati...sy terrasa sy dgn dia (nadi0 walaupun sy xdengar diri mulutnya...tp ati ni sentisa terguris gn perlakuannya.....dia alwys jaga ati kalian semua...sy manusia biasa yg ALLAH cipta kan..sy punya kkurang dlm diri..she alwys say n wt dont no want i duk dkt dia..(ayt rojak....)sy xtahu la...she say 2 me.....AKU XSUKA LA ORG YG TERASA NI......why>?????she say like that......coz she also a human that ALLAH ciptakan...semua manusia da perasaan terasa.....xdk sapa yg xpenah terasa....aku tesion sgt dk fikir hal ni...........
kmarin friday......kami solat dhuha bersama2....selesai solat...dia salam gn sahabat2 lain KECUALI AKU....so sapa x terasa??????????????????ok.xpa aku mglah...aku p g salam gk gn dia.,,,tp aku nak tunjuk aku baik ok....aku akui aku mmg jahat222222222222222222222222222 sgt22222...........tp aku cuba jd yg terbaik...berubah gkl...tp knp org xbleh tima bila i try 2 change?????????????????????????????YA ALLAH YA RAHMAN YA ROHIM.....kau kembalikan la...hubungan persahabatan ni agar jernih kembali ya ALLAH........ssungguhnya aku xkuat ya ALLAH,...dia sahabat ku......aku tau aku xlayak untuk nya...dia pandai..aku xlayak berdampingi aku shabat HANI nadia ,wawa nadiah...MMMmg aku xlayak......mcm 2 aku dgr dia xsukakan aku.........shbat dgr tp............shbat skian nya dia xmugkin tima aku lg xmgkin dtg...huhuh........maf maf maf maqf...aku xtau nak wt pa lg...hanya ucpan MAF yg aku bleh ckp...knop>?>?>???/em,mmmmm,mmg aku akui peragai aku ni cepat terasa tp itu kelemahan ku>....trima lah klemahan aku.....mafkan aku andai aku lari jauh drimu shbat..bukan kerna aku marah?/....tp kerna aku xmau kamu terus mmbenci aku kerna peragai aku yg cepat terasa ni.........aku tau smua..aku tau aku tau...kamu tanya shbat lain...eh npa dia mcm marah ja....ish aku xmasuk la gn di..knp kamu????????????????????knp gn sahabat len kamu masuk...kamu cukup mjaga aty shbat2 len...knp x sy//.....????????wem.,mugkin SALAH aku...mgkin aku pun xpernah jaga ati kamu...shbat...d sini aku nak gtau yg PUNCANYA,,,mah aku terpimjam kerts kamu...n kamu dh letak dh bawah meja aku...ok...maf andai aku pinjamkertas NOTA kcik 2 yg mmbuat kan kamu xsuka pd aku.MAFFFFFFFFFFFFFFFFFF......smoga persahabatan kita kembali pulih/.>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>






HANYA LUAHAN ATY,,....XDK KAITANNYA.....................................YG BENAR.....SY INSAN YG KHILAF..E2LAH SY............mgkin da org yg akam membenci..mungkin...maf......sy xpernah da niat n ak merampas SAHABAT=(

salam penuh kerinduan.~~~~~

salam kpd semua shbat.....wah lama nya aku xup date blog aku ni..hehhehehhhe..al maklum la busy dgn exam kit..huhu
hari ni aku p wang kelian gn family aku..best sgt...yg paling best aku drive.......ha???????????????? bahaya bahay..hehehhehe
xpa pelan 2 asalkan selamat dan smpai.em,banyak nya aku nak kena wt skrg..trial exam dh nak dkt 15.8 2011.ha???da kah sy dh bersedia?????dn kwn 2 seperjuangan dh bersedia...??????mungkin da yg dah..dan xXXXXXxxxxxx...takut hanya ALLAH ja yg maha megetahui..hanya doa + ushasa n the tawakal...ameen..insyaAllah lau kita dh BERUSAHA xkan ALLAH xbg kan...???insyaALLAH sama2 kita berdoa ya SAHABAT2 SEKALIAN.....amen.........apa lg ek???????
em xtahu la...ok..........

Saturday, 4 June 2011

Kepadamu Wanita..Agar Dikau Bahagia..

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

Thursday, 2 June 2011

untukmu..=(

KAWAN2 NAK BACA 1 CETA X????????tp hanya sebuah ceta tau,.....xdk berkenaan yg idup @ x
kamu...saya dah penat kamu...saya dh xlarat lagi nak kejar kamu...penat sangat2..andai kamu tahu kpenatan saya ni...kamu tahu apa makna nya amanah dalam percintaan...msty kamu datang pimpin saya kembali...tah la kamu..knpa bgitu saya sangat menyayangi kamu...saya pn xtahu kamu.....dulu saya yakin dgn kamu...kamu berjanji mcm2 dgn saya...knpa skrg kamu pergi bgitu sj tglkan saya......kalau iman dlam diri saya tiada..entahlah kamu.....syukur sgt2 ALLAH msih kuatkan keimanan sy......tp skrg saya percaya.....
dalam AL-QURAN  Allah dh berjnji,P yg baik hanya untuk L yg baik...mgkin sy xbaik untuk kamu kan??????
kamu.sy sgt myanyagi kamu...tp saya nampak kamu bawa org lain...apa kamu asa bila yg yg buat mcm itu pada kamu?????sy xpasti itu ADIK kamu @ sebaliknya........tah la kamu.....knpa kamu biarkan ksh syg sy?knp kamu xpernah nak mghargai sy?knp kamu bertindak kejam pada sy/knp/knp/knp kamu?????saya letih kamu//.....letih seletihnya........sy harap one day kamu kan asa apa yg saya asa n lalui skrg.....mafkan sya kamu...sya bukan minta yg xbaik untuk kamu...xpernah skali pun sy minta mcm tu.....sy arap sy BOLEH LUPAKAN KAMU...sbb sy dh xtahan kamu......kamu buat sy mcm Boneka kamu...xmembawa apa2 makna pun pada kamu kan sy ni>>>>>kan kamu....???????

SESUNGGUHNYA ALLAH SWT itu Maha ADIL pengasih lagi Maha penyayang kamu...kamu akan asa pa yg sy asa kamu...sy tahu sy xlayak untuk kamu...magkan sy andai xblh jadi yg terbaik untuk kamu....sy menyesal berjumpa gn kamu...kerna  kamu abis semua ilang fokus sy terhadap pelajaran sy.......kamu hanya nak main2kan sy kan>? kamu hanya nak duit sy kan?walaupun sy xkaya......
kamu akan datang pada sy bila kamu susah....sdgkan bila sy SUSAH??siapa da dengan sy kamu>????
kamu dtg bila kamu perlukan duit sy kan>????sedangkan kamu dh banyak berhutang dgn sya......sy sedih kamu...kamu buat sy mcm sampah.........sya sorg wanita kamu......kamu..mafkan sy...doa sy pada kamu moga kamu akan asa pa yg sy asa kamu..........dan 1 ari kamu akan insaf gn pa yg kamu lakukan pada sy......=(

HANYA GIMIK SEMATA2 K.....=)

WaNIta IbArAT pOHon SeMalu.

 


semalu.jpg



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

wanita ibarat buah epal

Wahai muslimah..sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah..sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah..Perhatikan wahai Muslimah, perilaku sepohon epal yang rendang.Apabila musim berbuah berkunjung tiba, akan tumbuh buah- buah ranum.Merah dan gebu.Manis sekali.Jadi pada ketika ini banayak 'tangan-tangan' yang kepingin untuk merasa, memetiknya dengan rakus.Kesemuanya berebut- rebut untuk memetik untuk merasa kemanisan epal- epal yang merah masak.

   Epal- epal ini banyak dikalangannya, yang merah ranum lagi manis, dengan sendirinya dan dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.Tanpa perlu bersusah payah untuk dipetik.Tatkala epal ini jatuh ke tanah,tangan-tangan yang rakus ini dengan tangkas mencapainya dan dimamah dengan serakusnya.Ada dikalangan epal ini, yang jatuhnya tidak dihiraukan oleh tangan-tangan yang bersih,lalu dibiarkan ia membusuk di tanah,sebagai habuan tupai-tupai nakal yang berkeliaran mencari rezeki, tanpa perlu bersusah payah menggapainya sendiri.Bagi tangan-tangan yang bersih ini,epal yang baik dan berkualiti,letaknya bukan ditanah,digumpali dengan kotoran dan sampah.Hilang sudah tarikan warnanya, serta kemanisan buahnya.Mana mungkin epal sebegini menjadi pilhannya?

   Nun, jauh di atas, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai.Merah dan menggebu.Sukar untuk dilihat kerana letaknya disebalik daun-daun sebagai perlindungan.Tangkainya juga tinggi,susah untuk digapai.Hanya yang benar-benar ikhlas berhajat untuk mendapatkan epal yang terbaik ini akan berusaha untuk mendapatkannya, bukan tangan-tangan yang kasar lagi rakus kerana hanya epal yang rendah akan menjadi pilihan mereka, selayaknya bagi mereka.Walaupun kadangkala epal terbaik ini risau tidak disunting mana-mana tangan manusia.Namun dia yakin,bahawa janji Allah itu pasti.Jadi, ia akan kekal dimana tempatnya berada.

   Hanya tangan yang bertuah,akan berusaha mencari dan mendapatkannya.Tidak boleh direntap  begitu saja sebaliknya perlu dipetik dengan cermat agar buahnya tidak jatuh dan luka.Agar bisa dinikmati secangkir madu dari manisnya epal yang terlindung..merah..segar..dan ranum..Hanya yang bertuah akan memiliki dan hanya yang bertuah yang dapat menikmati.

renung-renungkanlah

Tuesday, 31 May 2011

salam...wah agak lama juga aku xbuka blog aku ni..........em...tah la..aku xdk idea la nak tulis.em,pasal exam...sgt sgt bes syariah dh dpt dh...tp rahsia la markh...=) best la dkt depa yg dapat 70 keatas...wah2....BM pun dapat dh..alhamdulilah semakin mningkat dari exam mula hari 2......syukur sgt2...betulkan ckp cikgu2...sapa yg usaha dia akan berjya...
em hari ni...cousin aku dari jauh mai umh...lama xjumpa.....ada yang baik..ada gk........
apa lg...papa pun yg penting aku nak msuk universiti...hahhahhha
cousin aku yg cikgu ni...ckp dkt aku...ambik STPkan???aku ktala ya....dia kata wt elok2 la...aku pn apa lg..INSYAALLAH..dia kta mau result elok minta u dlm msia tp lau kurang minta sabah serawak...napa nampak aku mcm kurang ka?????xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx...AKU MESTI BOLEH//....ni CABARANKU..HuhUHuhU........
insyaAllah aku pasti blh...
tp aku sedey gk SYARIAH tau cikgu target aku B.......huhuhuhuhu.......tp xpa..aku akan usaha gk bagi dapat A.mcm sahabat2 aku yg len..insyaAllah...ameen....
asanya xdk papa dh..kkkkk nak tgk nora allena ni..hehehehhhehehhe,,,,...smoga berjumpa kembali.....dh 2 ari aku pergi dkt tempat yg aman..hehehhehhehe 30/5 31/5...2011.......guD lUcK 4 sTpM<3

Friday, 27 May 2011

Rahsia Cinta Wanita Solehah ~



Alangkah baiknya jika kita renungkan dulu Nasihat Rasulullah s.a.w. untuk Suami dan Isteri :
" Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan hati apabila engkau memandangnya. Dia juga mematuhimu apabila kamu memberi perintah. Apabila kamu pergi, dia menjaga dirinya dan hartamu "
" Takutlah kepada Allah dalam memimpin isterimu. Sesungguhnya mereka adalah amanah paling dekat denganmu. Barangsiapa membiarkan isterinya lalai dari mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka dia telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya "
" Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia. Manakala orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti "
Subhanallah !!! Siapa tak mahu jadi wanita solehah kan? Orang lelaki pula tentulah kita nak yang soleh. Wanita solehah untuk lelaki yang soleh. Jadi... bagaimana nak jadi solehah ye? Mudahkah atau sukarkah? Jom baca dan meneliti pengisian berikut :
Acapkali pasti ada yang bertanya, bagaimanakah saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah?

Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?
Jawapan rahsianya ialah :-

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap. ^_^ tapi ana & suami tercinta lain pula situasinya, insyaAllah berjauhan sementara je demi menyahut seruan perjuangan menuntut ilmu Allah s.w.t.

Bukan perkara yang sukar mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta tertinggi itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.
Subhanallah !!!

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Alhamdulillah...Ya Allah...

Sesungguhnya, beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Syukran Lillah...

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Ameen Ya Allah...

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa mencurahkan kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing
...:: Seorang Lelaki Bernama Suami ::...(*~*)

Monday, 23 May 2011

SABAR ITU INDAH ^~^

perbanyakan senyuman...senyum xperlu kata papa.=)
jika langit hendak runtuh
bagaimana jari hendak menanhannya
kita hamba yang dibatasi takdir
di situlah nokhtah segala takdir

hitungkan laut kesyukuran
di pinggir pantai kesabaran
carilah himah tuailah iktibar
SABARLAH DALAM BERSABAR

betapa pun beras pahit
janganlah hendaknya tercalar tauhid'
sesungguhnya sabar itu indah
didikan terus dari ALLAH S.W.T

ujian itu penebus dosa
menigkatkan darjat
menambahkan pahala
bingkisan tazkirah daripada yang ESA
bagai ombak
penghias samutera...
salam kepada semua yang membanca..heheh
hari ni alhamdulilah...selesai exam mid year....come soon trial exam...pas 2 exam tol...subahanaAllah takutnya hanya Allah ja yg tau ni........
cm mana la gn result kli ni ek???/huhu
malunya kalau terok dari ari 2...huhu... td exam bM 1 ya ALLAH,teruk sgt asanya....knp? sebab solan yg x di jangka....xbaca pun RETORIK2 pa bnda 2..yang dk pulun LETUPAN.SEGAUAN.LETUSAN...2la soalan STPM.xd jangka.....papa pun aku hnya  bertawakal...berdoa agar ALLAH permudahkan urusan ku...amin.amin.amin
pa2 gak tadi exma pAM 1..hehe yg ni xmau ckp...kita tgk result la..huhu=(

bulan 5 dah penghujung.tgl bbpa hari ja lg nak masuk bulan 6...HPY BIRTDY.6t.hehehe.xsabarnya nak masuk bulan 6 d smping takot nak exam sebenar...lg rapa bulan ja lg.......cm2 nak tulis...tp asa tah la...

hari ni...alhamdulilah dapat gk beli majalah SOLUSI...kmarin cari xdk...bnyak hlgan...ari 2 xdk duit...t td blh beli gk.hehhehheheh(ha benda cm ni pun nak 2lis.)^^^^^^^^^^^^

Friday, 20 May 2011

semoga kesedihan semalam berlalu dengan perginya kdg 2 sj kembali.....kalau hidup xsedih salah la....xsempurna la jwpnya hidup ni kan.......xpala sabar la selagi aku blh bersabar


     HASBUL NA ALLAH WANIKMAL WAKILL..........AMIN AMIN AMIN AMIN AMIN
9 Surah Yang Mujarab Amalan Nabi Muhammad (S.A.W)
 Al-quran umpama jantung kepada kitab suci ini. Oleh itu, tidak hairanlah ia menjadi ubat mujarab untuk dijadikan panduan hidup dan dijauhkan godaan syaitan. Berikut 9 surah yang menjadi ikutan Nabi Muhammad buat pedoman umat-Nya.



1) Surah Al-fatihah - Amalkan menbaca Surah Al-fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-ikhlas sebanyak tiga kali, Surah Al-falaq dan Surah An-nas. Insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat lima waktu.



2) Surah Al-khauthar – Sesiapa yang menamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah akan memakbulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat isyak hingga dia tertidur, insya-Allah dia dapat melihat Rasulullah dalam tidurnya.

3) Surah Al-falaq – Siti Aisyah menerangkan: Bahawa Rasulullah SWA pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca surah Al-ikhlas, surah Al-falaq dan surah An-nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan ke seluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah Al-falaq dan surah An-Nas sebanyak 41 kali selama tiga hari, lima hari atau tujuh hari berturut2.



4) Surah Yasin – Telah bersabda Rasulullah, “Sesungguhnya bagi setiap itu ada hati, dan hati al-quran ialah surah yasin iaitu jantung al-quran. Sesiapa yang membaca surah yasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca al-quran seluruhnya. ( Hadis riwayat Al-Tarmizi dari Anas r.a.)

5) Surah Al-Waqiah – Menurut beberapa hadis Rasulullah, mereka yang mengamalkan membaca surah Al-waqiah pada tiap2 malam, insya-Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya-Allah akan beroleh kesenangan selama2nya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya-Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.



6) Surah Al-Ikhlas – Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan: “Surah ini dinamakan surah al-ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat”

7) Surah Al-Khaafirun- Sesiapa yang membaca surah al-khaafirun, maka bandingannya seperti membaca satu perempat al-quran di samping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan ( Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

8) Surah Ad-Dhuha- Dibaca sekali pada malam jumaat agar kita terselamat dari huru-hara di Padang Mahsyar.



9) Surah Al-Mulk- Menurut beberapa hadis Rasulullah, mereka yang mengamalkan membaca surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa2nya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya-Allah, akan terselamat dari azab kubur..

aku mengintai ketenangan d antara kekalutan krna keinginan tak pernah kesampaian..aku kutip segala sisa-sisa dari segala keruntuhan...bangkit semula meneruskan baki perjalanan..aku mghimpun sgla kekuatan..aku memohon sgla ketabahan meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar..aku menganggap kegagalan bukan suatu kekalahan tp suatu kjayaan yg masih tertunda ..aku meminta diberikan sejenak ksempatan utk ku ulangi lembali langkahpertama keperitan yang aku rasa mengajar erti kesabaran..yang myedarkan aku insan yang memerlukan mu YA ALLAH,dari rimbun keampunan ku mencari kredhaan melerai segala kekusutan kcamukan..di jiwa ku mencari kjernihan dr segenap ruangmaya masih ku sedar ku sdg diperhatikan mu YA ALLAH,aku meminta diberikansjenak kesempatan utk ku ulagi lemah langkah pertama kepayahany ku rasa mengajar erti KESABARAN yg menyedarkan aku insan yg MEMERLUKAN mu YA ALLAH......TABAHKAN HATIKU MENEMPUH SGLA DUGAAN INI....YA ALLAH...

AkU cUMa An NiSa biAsA^~^

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
*****

aku cuma seorang an nisa biasa^-^

aku cuma seorang an nisa biasa^-^

apabila ombak yang datang menghampir...aku terumbai ambing....dan kdg2 aku terjatuh dengan pukulan ombak itu...
aku seorang yang biasa...diriku xsehebat  cinta siti khadijah terhadap Rasullah....
xsetanding cinta zulaika terhadap yusuf.....tp entah la...kdg2 diri ini asa sakit sangat....bukan kerana Aku bercinta.......tp kerna dugaan yang datang membuatkan kadang2 aku berasa Malas sgt untuk berfikir tntg realiti hidup yang sebenar???///salah andai kita berfikiran bgitu........tp....ALLAH lbih mengetahui segala2nya yang tersimpa dalam hati ni.......soal pelajaran?,keluarga?, kehidupan?, masa hadapan?, STPM? persahabatan dan segal2nya...ini adalah romrah sebuah kehidupan....manusia di dunia ini dicptakan oleh ALLAH...sebagai khalifah yang memakmur kan bumi......namun kenapa bumi d kianati oleh manusia itu sendiri, SubhanaAllah...tolong lah hambamu ini ya ALLAH dalam membuat sebarang keputusan...aku seoang hamba yang sering kali KHILAF....KHILAF dalam segala hal....kdg2 hidup ini terlalu mgikut nafsu dan godaan syaitan yang xpernah penat untuk menyesatkan hamba ALLAH yang diciptakan dengan seindah2 kejadian...........marilah kita sama2 bersyukur kehadrat ilahi atas kuniaan yang diberikan....di tuju khas untuk driku sendari.....+++++

untuk diriku...dan shbat......=)mutiara


cita2ku seorang guru...=)
bekalan.....apabila kesusahan itu datang menerpadiri dan kecemasan bertindih2 menghimpit anda..ucapkan lah...LA ILAHAILA ALLAH...

keputusasaan adalah musuh yang paling berbahaya sekali...sesungguhnya ia mampu menghancurkan ketenganan kita....

ya ALLAH..jauhkan diriku daripada membanci seseorang ...amin..amin...sseorng jangan lah memsiasiakan hidup dngan membenci...

cita2 itu benar akan mghasilkan perkara yang baik.jika tidak teri alisasi paling tidak kita telah mghabiskan sebhgian dari usia kita untuk ssuatu yang indah dengannya.......

Monday, 16 May 2011

permulaan blogkU=) SELAMAT HARI GURU...

salam..first sy nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru2 di malaysia....dan yang paling penting guru2 yang telah mengajarku...dari tadika...sekolah rendah agama al-islahiah.....sekolah men.agama al-islahiyah....n sekolah men,keb agama P kangar...insyaAllah next year i wiil study at universti...insyaallah...semoga Allah permudahkan segala2nya...amin....

semoga kita sama2 bermanfaatkan blog ini...amin...maju maju maju dan terus maju....
permulaan blog ni msty kena banyak membaca untuk tulis benda2 yang bermanfaat untuk tontonan kita bersama.....
xsabar asanya nak habiskan study...tinngal beberapa bulan sj lagi nak ambik STPM....insyaAllah...harap2 ktusan yang sanagt baik....tsya nak bhgiakan mak abah...semua ....yang telah banyak berkorban untuk diri ni,.....kepada familiku..ADIK SAYANG SANGAT kamu semua.......insyaallah kejayaan akn ku gengam....
asanya smpai sini lu kot...
time to study...akak dh bising....asyik mghadap benda alah ni ja...=)
salam....kepada shbat2 sekalian.......ini adalah luahan hati seorang hamba ALLAH....semakin hati semakin hebat ujian yang ALLAH berikan...namun kita sebagai hamba-NYAharus sentiasa berusaha sebaik mungkin...dan reda kepada -NYA....semoga blog ini,tidak menyakitkan hati seseipa yang membacanya dan semoga ALLAH melindungi dan permudahkan urusan hamba yang hina lagi dina ini...amin amin.amin.yarrabaalamin..